Tuesday, January 8, 2013

TAKLIMAT KSSR DAN PBS 2013

Satu sesi taklimat pendedahan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah berjaya diadakan pada 5 Januari 2013 di Makmal ICT SEJERA. Kehadiran ibu bapa murid Tahun 1, seramai 26 orang (Murid Tahun 1 - 33 orang). Taklimat ini diadakan saban tahun dan melibatkan ibu bapa dan penjaga murid Tahun 1 sahaja. Taklimat disampaikan oleh PK Pentadbiran, Cikgu Mohd Apandi bin Omar Baki dan majlis dirasmikan oleh En. Adnan bin Haji Awang, Guru Besar SK Jerangau.



Para ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan kepada taklimat yang diberikan.