Friday, July 4, 2014

SEMARAK RAMADAN SEJERA

 1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
(  Hadith Riwayat Muslim )

2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.( Hadith Riwayat Muslim )

Alhamdulillah..warga sejera membudayakan bacaan Al quran bagi mengisi waktu yang ada di bulan ramadan.Program anjuran panitia agama islam ini adalah sebahagian daripada beberapa program ihya' ramadan SEJERA.